MAJLIS BELIA MALAYSIA

KURSUS PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG

MELAKA| 28 Nov-1 Dis- Kursus ini berlangsung di Kem Permata Resort, Kg Air Paabas Alor Gajah Melaka anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Jabatan Veterinar Melaka, Agro Bank, dan Agroprenuer Muda.

Kursus ini dihadiri oleh sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin Pen. Setiausaha Agung MBM, sdr. Abdul Hafeez Abdullah Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani MBM bersama timbalanya sdr. Muhamad Iqmal Mahadi, turut hadir sdr. Hazrul Hafizi Exco Majlis Belia Malaysia. Khusus tersebut juga dihadiri oleh wakil-wakil rakan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka, Institut Teknologi Unggas, Unit Agroprenuer Muda MOA, Agrobank Dan Persatuan Alumni Institut Veterinar Malaysia.

Seramai 35 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang kerjaya hadir bagi mendapatkan input serta peluang yang disediakan untuk menceburi usahawan baru. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Kursus ini merupakan inisiatif dibawah biro jawatankuasa pertanian dan industri asas tani Majlis Belia Malaysia untuk memberi ilmu pengetahuan serta pengalaman kepada belia yang berminat didalam bidang penternakan ayam kampung terutamanya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »