MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Virtual 2021 bersama pelajar ILKBS Zon Utara

DALAM TALIAN 26 Dis – Telah berlangsung Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Virtual 2021 anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan. Kursus secara maya ini mengumpulkan 100 peserta terdiri daripada pelajar-pelajar ILKBS Zon Utara.

Kursus berlangsung selama 1 hari ini melibatkan modul kepemimpinan dan pengikut yang dibentangkan oleh Sdr. Manndzri Hj Nasib, bekas Naib Presiden MBM, modul penulisan dan dokumentasi oleh Sdr. Wan Sabri, bekas Exco MBM dan Pengurusan kewangan Sdr. Mohd Azri Abdul Rahim, Pegawai Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan.

Kursus ini telah dihoskan oleh Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »