MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Penggerak Kecergasan Komuniti ; MBM Sahut Seruan Belia Sihat dan Aktif

Tanjung Malim | 13–14 Disember 2025 – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Program Rakan Aktif telah berjaya menganjurkan Kursus Penggerak Kecergasan Komuniti MBM bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program selama dua hari ini menghimpunkan belia daripada pelbagai latar belakang dengan objektif memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan kecergasan fizikal serta melahirkan penggerak komuniti yang aktif, berpengetahuan dan berdaya saing dalam mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Sepanjang penganjuran, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan berimpak tinggi, antaranya kelas kecergasan, latihan intensiti rendah (Low Intensity Training), kelas teknikal Olympic Lifting, Endurolift Fitness Challenge serta beberapa aktiviti sokongan lain yang dirangka secara holistik dan berstruktur.

Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Siti Nurbaya binti Zamri, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muallim. Program ini turut dihadiri oleh Sdr. Mustaqim Hassan, Exco Majlis Belia Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Kesejahteraan Hidup.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan memberi impak positif kepada para peserta, bukan sahaja dari aspek peningkatan kecergasan fizikal, malah dalam pembentukan disiplin diri, semangat kerja berpasukan serta pembudayaan gaya hidup sihat. Kejayaan penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan MBM dalam melahirkan generasi belia yang progresif, sihat dan berdaya tahan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »