KUALA LUMPUR 28 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Kursus Pengamal Kerja Belia Siri 1/2019 anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB).
Kursus bermula 27 hingga 28 November ini diadakan bagi memberi latihan bermodul dan merupakan pensijilan pertama kepada bakal pekerja belia sebagai pengiktiran dalam bidang kerja belia. Kursus ini diadakan sebanyak tiga kali bermula dengan tahap satu dua dan tiga untuk sesi latihan bagi pengambilan pertama.
MBM diwakili oleh Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim, Exco MBM dan turut hadir Encik Abdullah, Ketua Pengarah i-LEAD.