MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Pemanduan 4×4 MBM cabar fizikal dan minda peserta

Raub, 20 Februari 2017 – Jalan licin, curang, selut, kayu balak, kesejukan, gelap, kerosakan kenderaan dan longkang telah memberi cabaran yang hebat kepada semua peserta Kursus Asas Pemanduan 4×4 Komuniti Belia Prihatin anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (MBM) dengan kerjasama Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) yang telah berjaya diadakan pada 17 – 19 Februari 2017 di Sungai Kong Kong dan Sungai Liang, Raub, Pahang.

Seramai 70 orang peserta dari beberapa buah kelab 4×4 dengan kekuatan 21 buah kenderaan 4×4 telah menyertai kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah dilancarkan oleh YB. Dato’ Abd.Aziz Bin Haji Mat Kiram, ADUN Batu Talam, Pahang  bersama Sdr. Ahmad Daniar Ismail, Penolong Bendahari MBM pada jam 4 petang di perkarangan Rumah Rehat, Raub.

Kursus asas pemanduan 4X4 diadakan bagi memberikan pengetahuan kepada peserta mengenai teknik pemanduan kenderaan pacuan empat roda (4X4) dengan betul. Selain itu, penggunaan peralatan sokongan (recovery kits) amat penting bagi membolehkan mereka melalui perjalanan dengan lebih lancar serta berupaya membuat tindakan menyelamat (rescue). Kelancaran perjalanan kenderaan bukan sahaja terletak pada spesifikasi dan kemampuan kenderaan tersebut tetapi juga kebolehan pemandu (driver) mengawal kenderaan dengan baik serta teknik pembantu pemandu (co-driver) membuat tindakan pantas mengendalikan kenderaan dalam apa jua situasi. Antara pengisian  kursus adalah cara penggunaan winch, hi-lift jack, snacth block, glove, chainsaw, recovery strap serta penggunaan gear 4×4 yang sesuai.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »