MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Pasukan Berprestasi Tinggi Sekretariat dan Exco MBM ‘Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Berkesan’

PORT DICKSON 9 Feb – Dalam memastikan organisasi berfungsi dengan baik, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Kursus Pasukan Berprestasi Tinggi Sekretariat dan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM 2025 ‘Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Berkesan’ dari 6 hingga 9 Februari 2025 di Glory Beach Resort di sini.

Program yang bertujuan memperkasa kepimpinan belia ini disertai barisan Exco yang baru dipilih dalam MPAT73 yang lalu serta warga kerja Sekretariat MBM.

Dalam program ini juga, Presiden MBM turut menyampaikan surat pelantikan kepada beberapa Exco lantikan baharu, sumbangan kepada Exco yang menyambut Tahun Baharu Cina dan pengumuman portfolio Exco-Exco MBM.

Presiden MBM dalam ucapan refleksinya berharap barisan kepimpinan MBM mendapat input berguna dari program ini seperti budaya kerja, profesionalisme, tata kelola, integriti dan hala tuju sebagai panduan gerak kerja selepas ini.

Beliau turut menitipkan beberapa pesanan antaranya;

  • Setiap jawatankuasa perlu ada ‘signature program’
  • 30% pelantikan wanita dalam setiap jawatankuasa
  • MBM harus berfungsi sebagai ‘shadow kabinet’ kepada belia
  • Setahun ini fokus MBM lebih tertumpu kepada transisi

Presiden meletakkan harapan tinggi (high expectation) kepada kepimpinan kali ini agar mampu membawa nama MBM setinggi yang boleh dan akhirnya nanti meninggalkan MBM dalam keadaan yang baik dan legasi belia masa hadapan.

Terdahulu, jadual pengisian program hari pertama diisi dengan sesi taklimat revitalisasi kewangan oleh Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad dan perkongsian Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Farhan Rosli kepada warga Sekretariat MBM mengenai sasaran, matlamat dan nilai-nilai positif dalam kerja.

Pada hari kedua, program diteruskan dengan beberapa pengisian antaranya penyediaan sistem direktori sistematik, pemetaan pemegang taruh dan keutamaan strategik, taklimat dan sasaran tahunan 2025-2026 oleh Presiden MBM; sasaran dan budaya kerja Exco MBM oleh Setiausaha Agung MBM, pengenalan templat program dan sasaran, perbincangan dan penentuan prioriti tugas.

Manakala hari ketiga diisi dengan sesi pembentangan revitalisasi kewangan yang disampaikan oleh Bendahari Kehormat MBM kepada kepimpinan baharu MBM, memberi pencerahan tentang strategi pengurusan kewangan yang lebih mampan dan berkesan.

Selain itu, perbincangan dan pembentangan daripada pelbagai Jawatankuasa MBM turut menjadi medan untuk berkongsi idea, memperkukuh struktur organisasi, serta merangka hala tuju strategik untuk pergerakkan belia.

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »