KUALA LUMPUR 9 Oktober – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan wakil syarikat Nova Spectra Energy bertempat di Wisma MBM membincangkan peluang kerjasama pintar bagi membiayai program-program pembangunan belia.
Syarikat ini memfokuskan kepada tenaga boleh diperbaharui yang dijangka penting beberapa tahun mendatang sehingga mencapai 20% daripada keseluruhan tenaga.
Polisi tenaganya adalah memaksimakan penjanaan tenaga dan menjimatkan penggunaan tenaga.