KUALA LUMPUR 16 November – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengunjungi Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Sdr. James Kon (Pengerusi OD, Belia dan Sukarelawan BSMM Kebangsaan) dan Sdr. Saiful Munir Bidin, mantan Dewan Tertinggi MBM dan Pengerusi Majlis Belia Negeri Perlis telah menyambut kehadiran Presiden MBM.
Kunjungan ini bertujuan melamar BSMM bergabung bersama MBM memandangkan BSMM di sesetengah negeri dan daerah telah pun bergabung. Usaha ini juga bagi mengukuhkan kumpulan belia beruniform di dalam MBM.
BSMM sedang berusaha menubuhkan sayap belia dan BSMM mempunyai cawangan di hampir setiap sekolah. Ini merupakan sumber pengkaderan yang terbaik untuk melahirkan lebih banyak pemimpin belia. BSMM dipengerusikan oleh Tunku Puteri Intan Shafinaz.