MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan hormat MBM kepada Menteri Pemuda & Olahraga Republik Indonesia

JAKARTA 1 Nov – Dalam rangka memenuhi jemputan sebagai panel di Islamic Economy Youth Forum 2024 anjuran Bank Indonesia dan OIC Youth Indonesia, delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid, Presiden MBM telah mengambil peluang mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pemuda & Olahraga Republik Indonesia, YT Bapak Ario Bimo Nandito Ariotedjo.

Dalam pertemuan ini, MBM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bapak Dito atas pelantikan semula beliau sebagai Menteri Kemenpora dalam Kabinet Merah Putih 2024-2029 pada 21 Oktober yang lalu.

Pelantikan ini menjadi bukti kepercayaan dan keyakinan terhadap peranan beliau dalam memperkasakan belia Indonesia. Kunjungan ini juga mencerminkan hubungan erat dan persaudaraan serumpun antara Malaysia dan Indonesia yang terus kukuh.

Turut disentuh dalam perbincangan adalah program-program kolaborasi yang bakal menyatukan aspirasi belia Malaysia-Indonesia, terutama melalui inisiatif Malindo yang telah menjadi platform kerjasama serantau yang erat.

MBM mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pemuda & Olahraga (Kemenpora) Indonesia atas sambutan yang penuh mesra dan komitmen yang kukuh. Semoga hubungan antara kedua-dua negara terus maju dan membuahkan hasil yang positif untuk generasi belia akan datang.

Turut mendampingi di dalam kunjungan hormat ini ialah kepimpinan OIC Youth Indonesia yang diketuai Astridnadya selaku Presiden & Athori Adlan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »