MAJLIS BELIA MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT MBM KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

SHAH ALAM 23 Ogos – Kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan kepada Menteri Besar Negeri Selangor YAB Tuan Amirudin Shari di pejabat beliau di sini.

Rombongan MBM diketuai Presidennya, Sdr. Jufitri Joha dalam usaha merangka beberapa program kerjasama di antara MBM, Majlis Belia Selangor (MBS) bersama Kerajaan Negeri Selangor dalam sektor pendidikan seperti Dialog Anak Muda Darul Ehsan dan pembangunan kepimpinan belia.

Perjumpaan juga turut membincangkan hala tuju pergerakan belia di Selangor dan pengupayaan MBS dan Majlis Belia Daerah (MBD).

Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Bendahari MBM Sdr. Haridass, Pemangku Presiden MB Selangor, Sdr. Syafiq Ridzwan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »