PUTRAJAYA 11 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri bertempat di Kompleks Setia Perdana.
Ini merupakan pertemuan pertama MBM kepada beliau sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM.
Dalam pertemuan ini, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid menerangkan serba ringkas mengenai MBM serta kerjasama yang boleh dijalinkan antara MBM dan J-KOM untuk kebaikan rakyat khususnya golongan belia.
MBM berkeyakinan kepimpinan dan pengalaman Prof Dato’ mengemudi J-KOM mampu memberi impak positif terhadap kerajaan Madani seterusnya masyarakat di bawah.
Terima kasih Prof Dato’ atas kesudian dan respon positif.