MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan delegasi Commonwealth Secretariat ke MBM

KUALA LUMPUR 23 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima kunjungan daripada delegasi Commonwealth Secretariat bertempat di Wisma MBM di sini.

Delegasi seramai 20 orang ini diketuai oleh Mr. Sushil Ram, Programme Manager Commonwealth Secretariat disambut Naib Presiden MBM, Sdr. Mohamad Khairul Azman Abdul Azeez.

Keberadaan mereka di Malaysia bagi menghadiri program The Commonwealth Asia Regional Youth Leadership Summit yang berlangsung dari 21 hingga 26 April 2024 di Kuala Lumpur.

Sdr. Azman turut memberikan taklimat mengenai fungsi MBM selain sesi soal jawab.

Lawatan badan belia antarabangsa seperti ini sangat baik untuk MBM dalam meningkatkan keberadaan dan jaringan antarabangsanya.

Turut sama hadir Presiden MBM, Sdr. Mohd izzat Afifi Hj Abdul Hamid dan Sdr. Mohamad Tassim Zainal, Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »