MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan CentennialZ ke MBM bincang kerjasama program ASEAN

KUALA LUMPUR 9 Dis – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi anak muda Indonesia daripada delegasi CentennialZ.

Delegasi CentennialZ seramai 11 orang yang diketuai Sdr. Donnan Abbad Abdullah telah hadir bagi membincangkan kerjasama kedua-dua hala bagi program yang boleh dijalankan secara bersama.

Kehadiran ke MBM ini juga bersempena dengan program SEA Future Leaders yang dijalankan mereka menuju ke Sidang Kemuncak ASEAN di Malaysia.

Sdr. Mohd Izzat Afifi selaku Presiden MBM telah menyatakan komitmen kerjasama khususnya bagi penganjuran program ASEAN di peringkat yang akan diadakan tahun hadapan bersempena dengan Kepengerusian ASEAN-MALAYSIA 2025.

Sebanyak 6 program utama ASEAN-MBM telah dibentangkan MBM kepada CentennialZ dan kedua-dua organisasi komited untuk kerjasama berkenaan program-program itu.

Turut hadir sama, Sdri. Hasinah dan Sdr. Syahmi Shamsudin mewakili Jawatankuasa Antarabangsa MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »