KUALA LUMPUR 29 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) berbesar hati menerima kunjungan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (MPP UniSZA) di Wisma MBM hari ini.
Delegasi ini disambut mesra oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez.
Kunjungan yang diketuai Sdr. Muhammad Irfan Ariff Mohd Asri, Presiden MPP UniSZA ini adalah sebahagian daripada program Jelajah Sinergi Pemimpin Muda 2025 yang dianjurkan oleh MPP UniSZA, bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan hubungan strategik serta berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan kepimpinan belia di peringkat nasional.
MBM mengalu-alukan kedatangan mereka dalam semangat kolaborasi dan pembangunan kepimpinan belia yang progresif.
MBM sentiasa komited untuk menyokong usaha mahasiswa dalam memperkasa potensi kepimpinan serta memperluas jaringan strategik antara institusi dan organisasi belia negara.







