SHAH ALAM 28 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Kumpulan Media Karangkraf yang disambut oleh Pengerusinya Dato’ Hussamuddin Yaacub di Bangunan Karangkraf di sini.
Kunjung hormat ini diketuai oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun bersama Ketua Penerangan MBM, Sdr. Fazril Mohd Saleh dan Penolong Ketua Penerangan, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin.
Pertemuan bertujuan memperkenalkan kepimpinan baru MBM dan mendapatkan pandangan perihal peranan belia dan visibiliti media selain menjalin hubungan kerjasama dengan pengamal media.
Dato Husamuddin dalam ucapannya menyambut baik hasrat MBM namun beliau menekankan perlunya program bersifat ‘action oriented’ yang memberi impak dan perubahan kepada masyarakat.
Turut hadir sama Naib Presiden MBM; Sdri. Ruby Chow, Exco MBM; Sdr. Eow Shiang Yen dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.