Kuala Lumpur | 30 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia bertempat diPejabatnya, Bangunan Parlimen.
Hadir mengetuai kunjungan tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM dan turut disertai Exco MBM, Sdr. Ismail Mahyuddin dan Sdr. Farhan Rosli.
Dalam kunjungan itu juga, MBM telah berkongsi mengenai peranan dan aktiviti semasa yang dilaksanakan.
Selain itu, turut dibincangkan adalah kerjasama melibatkan program pembangunan belia mengenai sistem Demokrasi Berparlimen.








