KUALA LUMPUR 15 Jan – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez turut sama dalam kunjungan hormat Jabatan Belia dan Sukan Negara kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif di Menara DBKL di sini
Delegasi ini diketuai Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Sesi pertemuan ini bagi membincangkan kerjasama sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.
Hadir sama Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.