MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjung hormat belia Palestin ke MBM

Kuala Lumpur, 6 Mac 2013 – Malaysia merupakan salah satu negara yang amat lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin  dan ianya terbukti dengan penglibatan terus oleh Perdana Menteri Malaysia dalam isu-isu yang berkaitan dengan Palestin. Selain menjadi negara Islam contoh kepada negara-negara lain, Malaysia juga mendapat perhatian oleh pertubuhan belia di seluruh dunia  dalam memartabatkan golongan belia. Belia Palestin dalam rangka program “1st Conference,Forum & Dialogue of Evolution 4 Palestine” yang diadakan bermula 28 Februari hingga 9 Mac 2013 turut menyenaraikan Majlis Belia Malaysia sebagai organisasi belia yang amat penting dalam program tersebut.

Seramai sebelas orang pemimpin belia dari gerakan Fatah, Hamas, OIC Gaza dan beberapa NGO Palestin telah mengunjungi MBM dan mereka telah disambut dengan penuh kemesraan oleh Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee serta barisan Exco dan DT di Pejabat MBM, pada jam 11 pagi. Pertemuan yang berlangsung lebih dua jam ini turut membincangkan bagaimana MBM dapat menyatupadukan pelbagai belia yang mempunyai kepercayaan yang berbeza di negara ini. Delegasi Palestin juga turut  diberi taklimat tentang struktur MBM yang boleh dijadikan contoh yang boleh diadaptasi di negara mereka nanti.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »