MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kopitiam Belia pendekatan baharu pupuk perpaduan dalam kalangan belia

DALAM TALIAN 12 Sep – “Peranan MBM sebagai peneraju belia di negara ini sangat signifikan. Sebagai badan induk pertubuhan belia yang berstruktur di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah dengan ahli-ahli dari pelbagai latar belakang agama, bangsa dan budaya, MBM adalah medium terbaik penyatupaduan generasi muda Malaysia”.

Kopitiam Belia adalah satu usaha baik dalam menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan belia. Menggerakkan usaha seperti ini dapat membantu kerajaan dalam menyalurkan maklumat-maklumat serta perkongsian penting tentang isu semasa.

Majlis Pelancaran Jenama Kopitiam Belia disempurnakan oleh YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara secara dalam talian.

Program ini merupakan inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara ini mengandungi pelbagai program yang diadakan secara atas talian sebagai satu usaha untuk menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia”.

“Diharapkan MBM dapat bersama-sama mengerakkan aspirasi perpaduan ini yang bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan prihatin seumpama sebuah keluarga, iaitu Keluarga Malaysia”, ujar beliau.

Seusai majlis pelancaran berlangsung tayangan video kemerdekaan dari Negeri Kedah dan Wilayah Persekutuan, diikuti ucapan pemimpin-pemimpin belia, ucapan Pengarah JPNIN Negeri dan kuiz merdeka.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »