Putrajaya, 12 Oktober 2025 – Konvensyen Beliawanis India Malaysia 2025 yang berlangsung di Dewan Seri Endon, Puspanita, diraikan penuh semangat dengan kehadiran lebih 570 peserta wanita muda dari seluruh negara. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, yang menegaskan bahawa beliawanis adalah nadi kemajuan dan kepimpinan negara masa depan.
Turut hadir memberi sokongan ialah YBhg. Dato’ Dr. TS Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS; YAB Yan Sri Nallini Pathmanathan, Hakim Mahkamah Persekutuan; dan Presiden MIYC, Tuan Dhanesh Basil.
Tiga forum utama menjadi tumpuan – Perkhidmatan Awam Tunjang Malaysia MADANI, Mencipta Legasi Mengilhamkan Generasi, dan Kreativiti Mencorak Dunia yang menampilkan tokoh wanita berpengaruh dalam sektor awam, politik, sukan, dan industri kreatif.
Selain forum, konvensyen turut menampilkan Pameran Keusahawanan Rakan Niaga melibatkan 28 usahawan wanita muda, Women Auto Show, bengkel kecantikan serta lawatan inspirasi ke Parlimen Malaysia.
Kehadiran Dr. Loshseni Gunasegaran, Exco Majlis Belia Malaysia, turut mencetus inspirasi melalui perkongsian mengenai kepimpinan dan pemerkasaan wanita muda.
Konvensyen ini menandakan kebangkitan generasi baharu beliawanis India Malaysia yang berdaya saing, berfikiran progresif dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI wanita muda bukan sekadar penggerak komuniti, tetapi pemimpin masa depan yang mencorak perubahan.


