MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kolaborasi MBM-Maybank Perkasa Literasi Kewangan Belia

KUALA LUMPUR 12 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Jawatankuasa Kewangan, Integriti & Jaringan telah menerima kunjungan daripada pihak Maybank Wisma FGV Kuala Lumpur dalam usaha meneroka potensi kerjasama strategik serta penambahbaikan perkhidmatan perbankan bagi memudahkan urusan organisasi.

Delegasi Maybank diketuai oleh Puan Zhafarina Abd Nasir, Pengurus Cawangan Maybank Wisma FGV dan Puan Noor Aini Mohd Tahir, Pegawai Eksekutif Maybank Wisma FGV. Kehadiran mereka telah disambut oleh Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM dan Sdr. Muhammad Syahmi Shamsudin, Penolong Setiausaha Agung II MBM.

Perbincangan tertumpu kepada peluang kerjasama dalam penganjuran program literasi kewangan belia, sokongan terhadap pelaksanaan program MBM serta cadangan kemudahan perbankan yang lebih efisien termasuk sistem pembayaran digital dan akses pengurusan akaun yang lebih fleksibel.

MBM turut mengemukakan cadangan penambahbaikan perkhidmatan bagi memastikan pengurusan kewangan organisasi dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, sistematik dan berdaya saing.

Pertemuan ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih kukuh antara kedua-dua pihak demi memperkasa agenda pembangunan belia di Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »