MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kolaborasi MBM-KPM Jayakan Konvensyen Pra-Universiti Madani 2025

KUALA LUMPUR 6 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh agenda pembangunan belia berilmu dan berdaya saing. Dalam pertemuan strategik bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MBM telah membentangkan pelan Konvensyen Pra-Universiti Peringkat Kebangsaan 2025 — sebuah platform yang bakal menghimpunkan belia, pendidik dan pembuat dasar ke arah masa depan lebih inklusif dan progresif.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Sdr. Syahir Abdul Razak, Exco MBM dengan penyertaan wakil KPM yang komited dalam memperkukuh kerjasama strategik ini.

Terima kasih kepada KPM atas sokongan dan kepercayaan!

Bersama kita lahirkan generasi berilmu, berkarakter dan berjiwa pemimpin Madani.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »