MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kesukarelaan perlu disemarakkan di kalangan mahasiswa

Bangi 4 November 2015 – Myvoc Majlis Belia Malaysia yang diwakili oleh Saudara Hasnul Haniff Exco MBM telah dijemput untuk mengisi slot Program Insan Budiman yang memfokuskan kepada Modul Kesukarelawanan Dan Tanggungjawab Sosial Korporat anjuran Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (FSSK UKM) dengan kerjasam MBM. Slot ini dihadiri seramai 50 orang mahasiswa termasuk pensyarah dan fasilitator program. Dr. Aizan Sofia Amin Pensyarah Kanan Psikologi Dan Pembangunan Manusia dan Saudara Mohamed Maliki Mantan Presiden MBM turut diberikan pengisian.

Pengisian pertama dimulai oleh Saudara Hasnul Haniff dengan mahasiswa diminta untuk menulis tentang bidang apa yang diminat untuk kerja-kerja sukarelawan, antara yang diberikan respon adalah memberi kaunseling, membantu mangsa banjir dan membantu gelandangan dan warga emas. Beliau memberitahu bahawa dalam kerja-kerja sukarelawan ini tidak boleh dipaksa untuk meminati tetapi perlu mempunyai semangat untuk mendalami bidang sukarelawan. Antara persoalan lagi siapa yang mendorong kepada kerja-kerja sukarelawan ,respon yang diberikan oleh mahasiswa antaranya keadaan sekeliling, ibubapa, rakan, diri sendiri, organisasi, masyarakat dan media sosial, dorongan dari pensyarah, badan-badan NGO yang mempromosikan aktiviti kesukarelawan dan melihat kesusahan orang lain melalui tv atau secara berhadapan. Seterusnya adalah diterangkan tentang pengurusan bencana seperti langkah-langkah persediaan menghadapi bencana,peralatan atau kelengkapan dan lain-lain lagi.

Pengisian kedua oleh Dr. Aizan Sofia Amin berkenaan Sukarelawan Sokongan Orang Kurang Upaya (SOKU), menurut beliau masalah persekitaran dan halangan sikap adalah faktor mereka OKU tidak dapat sertai masyarakat. Sukarelawan perlu mempunyai kesedaran dan pengetahuan tentang hak dan keperluan OKU serta kemahiran untuk menyokong dan membantu OKU.

Pengisian terakhir oleh Saudara Mohamed Maliki yang memberi sedikit perkongsian pengalamannya, beliau memberitahu mahasiswa di universiti perlu menanamkan idealism untuk sekurang-kurangnya membantu keluarga atau rakan-rakan. Mahasiswa perlu mempunyai sikap rasa diri iaitu rasa ingin membantu orang lain. Beliau memberitahu bahawa mahasiswa perlu dipupuk dengan kemahiran sosial dari universiti lagi. Di akhir slot ini mahasiswa akan diberikan tugasan untuk dilaksanakan dalam masa 2 minggu ini yang memfokuskan kepada program kesedaran OKU.

Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Tengku Nor Rizan Ketua Industri Dan Masyarakat Perkongsian Pejabat Perhubungan dan diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada mahasiswa yang hadir dan tetamu jemputan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »