NILAI 4 November – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Universiti Sain Islam Malaysia (USIM) dengan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) Kampong Baharu dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM telah hadir menandatangani MoU tersebut dan disaksikan oleh YBhg Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM.
Kerjasama USIM-MAS-MBM dan turut melibatkan UNESCO di peringkat global ini adalah untuk melatih aktivis belia dan masyarakat menjadi pekerja pembangunan komuniti dalam Projek K4C (Knowledge for Change).
Di peringkat Unesco, projek diketuai oleh Profesor Budd Hall Victoria University Kanada dan Dr. Rajesh Tandon Akademi Antarabangsa PRIA India.
Latihan K4C akan bermula bulan 12 di Malaysia. Pelatih yang cemerlang berpeluang dilatih seterusnya di peringkat Global bersama Unesco. Pelatih akan mempunyai kemahiran membangun komuniti yang smart menyelesaikan isu isu setempat mereka.
Turut hadir dalam majlis tersebut Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha MBM dan Sdr Hafizul Nizam Abdullah YDP Majlis Belia Negeri Kelantan (MBNK).