KUALA LUMPUR 9 Sep – Kunjungan hormat Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai Presidennya, Sdr Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid ke Jabatan Perhilitan Malaysia baru-baru ini telah menjadi platform penting dalam membincangkan peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Pertemuan tersebut turut menumpukan perhatian kepada pelaksanaan inisiatif ‘Sekolah Alam’ di bawah program Rakan Muda Gaya Hidup Bumi yang bertujuan untuk memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan generasi muda selain menghidupkan kembali budaya perkhemahan.
Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim menyambut baik hasrat ini dan memberikan pandangan konstruktif mengenai pelaksanaannya dan impak program tersebut.
Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuhkan usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar dan meningkatkan penyertaan belia dalam aktiviti-aktiviti yang menyokong kelestarian bumi.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pertemuan ini dan komitmen berterusan mereka dalam memperbaiki persekitaran kita.
Hadir sama Sekretariat MBM yang diwakili Sdr. Saiful Adli Arzami dan Sdr. Syahmi Shamsudin.