KUALA LUMPUR 3 September – Majlis Belia Malaysia telah dijemput menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan Majlis Pemulihan Radikalisasi (MPR) oleh Jabatan Penjara Malaysia.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TKP Zaidi Hamid, Pengarah Bahagian Radikal dan Berisiko Tinggi Jabatan Penjara Malaysia.
MBM akan bekerjasama dalam membantu membanteras radikalisme di kalangan belia serta akan membantu golongan belia yang baru keluar daripada penjara untuk terlibat dalam bidang keusahawanan, kebolehpasaran kerja dan bidang komuniti belia.
MBM diwakili oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM.