MAJLIS BELIA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA : MENGENAI “PASS-OUT GAME”

[POHON HEBAHKAN/KONGSI]

KENYATAAN MEDIA MENGENAI “PASS-OUT GAME”

Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesakan golongan remaja khususnya pelajar sekolah agar menghentikan permainan PASS-OUT GAME yang sebenarnya memungkin si pelaku terjebak dengan jenayah pembunuhan.

“Pass-Out Game” ialah permainan atau perbuatan menekan dada sehingga hilang kesedaran dan rebah ke lantai. Perbuatan menekan dada dengan kuat akan menyebabkan otak gagal menerima oksigen untuk tempoh tertentu dan ini boleh menyebabkan kematian.

Permainan ini boleh merosakkan organ utama manusia. Remaja hari ini membuat permainan atau gurauan yang cukup berbahaya tanpa menyedari secara tidak sengaja akan membunuh rakan-rakan mereka.

HENTIKAN PASS-OUT GAME SEKARANG!!!

RIZAN HASSAN
KETUA PENERANGAN
MAJLIS BELIA MALAYSIA
14.10.2017
`

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »