MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kembaran Ramadhan akan dekati belia dengan masyarakat

Bersempena dengan Ramadhan yang bakal menjelma, Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MBM berhasrat untuk menggerakkan beliawanis-beliawanis ke seluruh pelosok negara bagi melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di samping dapat menyemai sikap prihatin dan tanggungjawab beliawanis terhadap komuniti.

Hazrat Salman r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; la adalah satu bulan yang pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka. (Hadith riwayat Ibnu Huzaimah, Baihaqi, Ibnu Hibban)

Kembara Indahnya Ramadhan 1435H ini merupakan salah satu inisiatif MBM untuk menyuntik dan menyemarakkan penghayatan Ramadhan dalam diri beliawanis melalui kerja-kerja sukarelawan yang dijalankan yang akan bermula pada 5 Julai di Negeri Sembilan dan berakhir pada 18 Julai 2014 di Kedah.

Objektif utama program ini adalah bagu menjalinkan silaturrahim dan memupuk semangat persaudaraan antara pertubuhan belia dengan komuniti setempat disamping menyemarak dan membudayakan semangat kesukarelaan pada bulan Ramadhan. Ianya juga boleh memberi bantuan dan sokongan moral kepada golongan yang memerlukan serta membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan.

Kembara akan keseluruh negara bermula dari Negeri Sembilan hingga ke Kedah dan diteruskan ke Sabah dan Sarawak akan melibatkan penyertaan seramai 40 orang beliawanis dan turut melibatkan belia-belia di daerah-daerah yang disinggahi.

Peserta kembara akan berhenti di daerah-daerah yang dikenalpasti untuk menyalurkan bantuan disamping majlis bersahur atau berbuka puasa bersama masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dirancang ialah pemberian sumbangan, gotong-royong, dan program motivasi.

imarrahramadhan_peta

Gambar Kembara Indahnya Ramadhan 2013

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »