MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kembara Jumpa Orang Muda dilancarkan

AYER KEROH 17 Feb – Program Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat Negeri Melaka (KJOM) siri pertama telah berlangsung dengan jayanya di Melaka Mall baru-baru ini.

Pelbagai pengisian turut diadakan dalam program ini yang bertujuan mendekati anak muda selain mendapatkan pandangan berkaitan Pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) & Pindaan 2019 (Akta A1602) termasuklah pelan transisi kepimpinan belia.

Program ini juga memberi ruang kepada pertubuhan belia menarik anak muda untuk berpersatuan menerusi slot ‘Jom Masuk Persatuan’.

Turut berlangsung sesi Town hall Bersama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Majlis penutup disempurnakan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Datuk Mohd Imran Tamrin, Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) hadir mewakili Presiden MBM ke program ini.

Tahniah KBSMalaysia, JBSNegara, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Rakan Muda atas inisiatif ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »