MAJLIS BELIA MALAYSIA

Karnival Belia Pahang 2023 berlangsung meriah

KUANTAN 28 Oktober – Karnival Belia Pahang 2023 yang diadakan sempena Hari Belia Negeri Pahang berlangsung cukup meriah dengan kehadiran anak muda dan belia-belia dari seluruh Negeri Pahang.

Program berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan ini diisi dengan pelbagai acara dan aktiviti untuk anak-anak muda.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

YAB Menteri Besar Pahang berkata, keterlibatan para belia dari setiap daerah di negeri Pahang pada festival kali ini sangat memberansangkan dan ianya merupakan sesuatu yang patut dipuji.

Syabas kepada Kerajaan Negeri Pahang, kepimpinan Majlis Belia Negeri Pahang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang atas penganjuran karnival ini sebagai menghargai minat dan kepelbagaian belia di negeri ini.

Turut hadir Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan NGO, YB Fadzli Mohamad Kamal; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Mu’azamir Haji Ali; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Mohd Azhari Mohammad serta Presiden Majlis Belia Malaysia, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Pahang.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »