Bersempena dengan penganjuran World Skills Competition 2017 di Abu Dhabi, MBM akan menghantar sukarelawan bagi menyertai Worldskills Abu Dhabi 2017 (WSAD2017) sebagai petugas sukarelawan.
WSAD merupakan pertandingan kemahiran vokasional yang terbesar di dunia yang mempertandingkan 51 acara dan penglibatan 77 buah negara. 600 orang sukarelawan diperlukan bagi memastikan kelancaran program.
WSAD2017 sebagai medium pengantarabangsaan sukarelawan yang dapat meningkatkan jaringan serta memperluas pengalaman belia Malaysia di pentas antarabangsa.
Tarikh: 12-20 Oktober 2017 (9 hari)
Tempat: Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu UAE
Kriteria
– Warganegara Malaysia
– 18 hingga 25 tahun
– Sihat tubuh badan
– Bertanggungjawab dan berdisplin
– Kebolehan komunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik
*Kelebihan bagi sukarelawan yang boleh bertutur dalam
Bahasa Arab
Skop Tugasan
- VIP, Media & Komunikasi
- Sokongan operasi/ perjalanan program
iii. Tugas-tugas khas
Penyertaan
Emel borang dan resume ke Sekretariat MBM di mbm@belia.org.my sebelum atau pada 12 April 2017.