KUALA LUMPUR 29 Disember – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dan Exco MBM, Sdr. Abu Kadir Mubarka Ali telah menghadiri Junior Chamber International (JCI) Malaysia Leadership Summit 2020 di UCSI University.

JCI Malaysia merupakan badan gabungan MBM yang aktif dengan lebih 70 cawangan dan majoriti ahlinya terdiri dalam kalangan usahawan muda seluruh Malaysia.

Pimpinan JCI Malaysia 2020 yang diketuai Sdr. Ken Lee Kien Zhang bersama pimpinan baharu JCI Malaysia dan cawangan telah dilatih dalam persidangan ini untuk menjadi pemimpin belia yang baik.

Hadir sama Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi, Naib Presiden MBM yang juga mantan pimpinan JCI Malaysia.

Leave a Reply

Translate »