MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jelajah Sahur Belia Pulau Pinang: MBM & MBNPP Santuni Belia dengan Agihan Bakul Makanan

Pulau Pinang, 15 -16 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dan Yayasan Waqaf Pulau Pinang telah mengadakan Jelajah Sahur Belia Pulau Pinang, yang berlangsung dari malam semalam hingga awal pagi tadi.

Program ini melibatkan kunjungan ke beberapa lokasi Majlis Belia Daerah (MBD) dan bermula di perkarangan Masjid Jamiul Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sepanjang program ini, sejumlah bakul makanan dan hamper telah diagihkan kepada belia di beberapa daerah sekitar Pulau Pinang. Selain itu, peserta turut mengadakan aktiviti sahur bersama di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, yang menjadi simbolik kepada semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap golongan belia.

Majlis pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam.

Hadir sama dalam program ini ialah Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Timbalan Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Azeez; serta Setiausaha Agung MBM, Sdr. Farhan Rosli.

Program tersebut turut dihadiri oleh Tuan Abdul Mohsein, CEO Yayasan Waqaf Pulau Pinang.

Turut serta dalam program ini ialah Exco MBM, Sdr. Amirul Safar, Sdr. Amar Abd Jalil, dan Nuriffah Atiqah.

Program ini turut disertai oleh Presiden MBNPP, Sdr. Hafiz Ali, serta pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang.

Ucapan penghargaan turut diberikan kepada rakan kolaborasi seperti Tobaki dan kumpulan Jentera Pejuang yang bersama-sama menyertai konvoi motosikal dalam menjayakan program ini. Kejayaan Jelajah Sahur Belia Pulau Pinang ini jelas mencerminkan usaha berterusan MBM dan MBNPP dalam mendekati serta memperkukuh kebersamaan dalam kalangan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »