MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jelajah Imarah Ramadan Terengganu: Perkukuh Hubungan Aktivis dan Mantan Aktivis Belia

Kuala Terengganu| 13 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan siri jelajah Imarah Ramadan dengan menghadiri Majlis Seharum Mahabbah bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) yang berlangsung di Raia Hotel, di sini.

Majlis ini dihadiri oleh Presiden MBM, Sdr.Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Hadir menyambut para tetamu ialah Sdr. Anas Hazizul, Presiden MBNT, serta Setiausaha Agung MBNT merangkap Bendahari Kehormat MBM, Mohd Izham Ahmad.

Turut memeriahkan majlis, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Terengganu, Encik Asmadi Bin Mohamad, serta Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Terengganu, Encik Ahmad Khairuddin Mohammed.

Dalam majlis tersebut, MBM turut menyerahkan sumbangan kepada mantan serta penggerak belia di peringkat akar umbi yang kurang berkemampuan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mereka dalam pembangunan belia di negeri ini.

Usai tarawih, MBM dibawa menikmati moreh di Port Moreh Market Wonderland, sebuah inisiatif belia Terengganu yang mengetengahkan konsep tradisional dengan jualan makanan tempatan , di mana para pengunjung boleh duduk bersila di atas tikar sambil menikmati juadah. Inisiatif ini bukan sahaja merancakkan ekonomi belia, malah menjadi platform interaksi sosial yang mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »