Tawau, Sabah 9 September – Jelajah Advokasi Connected-Youth Malaysia 2017 Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya di MRSM Tun Mustapha Tawau, Sabah. Program jalinan perkongsian strategik ini melibatkan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Majlis Belia Sabah.
Peserta-peserta terdiri daripada pelajar-pelajar MRSM, mahasiswa IPT, guru-guru dan pelajar sekolah serta persatuan belia tempatan.
Sesi pertama bermula dengan suasana interaktif oleh Tuan Kamal Affandi, Penganalisa Jenayah Malaysia dengan tajuk “Taklimat Transformasi Sosio Budaya Masyarakat & Kesan Daripada Revolusi Teknologi”.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB. Datuk Masiung Banah, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan anak muda khususnya di Sabah supaya menggunakan media sosial dengan penuh etika di samping mengambil peluang yang ada teknologi sekarang untuk memajukan diri.
Siri kedua diteruskan dengan forum Aspirasi Belia: Transformasi Nasional 2050 dipengerusikan oleh Encik K. Jusly Elis, Ketua Jabatan Pelaksanaan dan Jangkauan, SKMM manakala ahli panel terdiri daripada Sdr. Nourman@Ryan, Presiden MBN Sabah dan Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.
Majlis diselang seli dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah.
Turut hadir Sdr. Nourman @ Rayn, Presiden MBS, Encik Mazlan Othman, Pengarah SKMM Sabah & Wilayah Labuan, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Azuwan Marjan, Timbalan Presiden MBS merangkap Exco MBM, pegawai-pegawai SKMM serta kepimpinan MBS.