MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jejak Ramadan Tiba di Kelantan – Sahur Bersama MGBK

KOTA BHARU 12 Mac – Jejak Ramadan Majlis Belia Malaysia (MBM) pagi ini bersahur di Wakaf Che Yeh bersama Sdr. Wan Ahmad Nazhif, Exco Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) yang hadir mewakili Presiden MGBK.

Dalam suasana santai, Presiden MBM mendengar perkembangan terkini MGBK serta cabaran yang dihadapi persatuan belia di peringkat akar umbi khususnya dalam memperkukuh proses pengkaderan kepimpinan belia masa depan.

Pertemuan itu juga menjadi ruang perkongsian idea tentang usaha memperkasakan bakat kepimpinan muda, menghidupkan semula aktivisme belia di komuniti serta menggalakkan lebih ramai anak muda tampil memimpin organisasi dan program pembangunan masyarakat.

Momentum Jejak Ramadan ini turut mengangkat semangat jaringan dan solidariti gerakan belia, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi pemimpin muda yang progresif, berdaya saing dan berperanan aktif dalam pembangunan negara.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan bergambar kenangan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »