MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jejak Ramadan MBM Tembusi Patani, Santuni Maahad Tahfiz Al-Idrisi

PATANI, THAILAND 12 Mac – Alhamdulillah, setelah menempuh perjalanan lebih 5 jam dari sempadan, konvoi jelajah Jejak Ramadan MBM sampai ke Maahad Tahfiz Al Idrisi yang terletak di Wilayah Patani.

Maahad yang telah beroperasi lebih 20 tahun ini menempatkan lebih 200 pelajar lelaki dan perempuan dari seluruh Thailand termasuk dari Malaysia.

Menurut Pengerusinya, Ustaz Abdul Kadir Al Idrisi, institusi tersebut beroperasi sepenuhnya menggunakan dana persendirian dan menawarkan pendidikan secara percuma kepada pelajar.

“Kerajaan ada menawarkan geran bantuan, namun kami memilih untuk tidak terikat dengan syarat tertentu agar bebas menentukan silibus pendidikan,” jelas beliau.

Madrasah ini bukan sahaja membina generasi berakhlak, malah melahirkan pelajar cemerlang yang seimbang antara ilmu dunia dan akhirat.

Jelajah masuk hari ketiga ini diketuai Presiden MBM, Sdr. Izzat Afifi dan disertai Ketua Program merangkap Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham; Naib Presiden MBM, Sdri. Jessy Ng; Penolong Setiausaha Agung II, Sdr. Syahmi Shamsudin; Exco MBM, Sdr. Amar Abd Jalil dan Sdr. Amirul Safar.

Pada kesempatan tersebut, MBM turut menyampaikan sumbangan barangan dan wang tunai kepada pihak maahad sebagai tanda solidariti dan sokongan.

Inisiatif ini selari dengan objektif Jejak Ramadan dalam menyemai nilai keprihatinan, kesyukuran dan semangat kebersamaan dalam kalangan belia Malaysia, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »