BALING 14 Mac – Siri jelajah Jejak Ramadan Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kedah berakhir di Surau Al Huda, Kampung Seputih, Kuala Ketil dengan pengisian program yang menghimpunkan kepimpinan belia bersama masyarakat setempat dalam suasana keberkatan Ramadan.
Rombongan disambut Timbalan Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Azeez selaku tuan rumah. Program diisi dengan bacaan tahlil sebelum majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung dan diteruskan dengan solat berjemaah.
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Baling, Dato’ Khairul Azhar yang juga mantan Presiden Gerakan Belia 4B Kedah; Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Sdr. Amir Mushidi bersama kepimpinan MBN Kedah; Exco MBM merangkap Timbalan Presiden MBN Pulau Pinang, Sdr. Amirul Safar serta Ketua Penerangan MBN Pulau Pinang, Sdr. Muttaqeen.
Inisiatif ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara persatuan belia dan komuniti setempat, sekali gus memperkukuh peranan belia sebagai jambatan perpaduan dalam masyarakat.
















































