HARI KEDUA : 3 Jun 2017 / 8 Ramadan 1438H | Terengganu
Rombongan jelajah berada di Bangunan Lembaga Kebajikan Islam Malaysia, Kampung Institut Kemahiran Mara, Alor Lintang, Kota Putera, Besut, Terengganu. Peserta jelajah juga turut menyertai aktiviti tadarus al Quran yang dijalankan. Turut hadir sama ialah Sdri. Wan Adilah Wan Awang, Pengerusi MAYC Daerah Besut mantan EXCO MBM.
Lokasi kedua disinggahi di Terengganu ialah Masjid Kampung Kebor Air, Kuala Terengganu, Terengganu. Program ini telah berlangsung dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Kuala Nerus dan Kelab Inspirasi Generasi Prihatin Terengganu. Seramai 250 peserta dari kariah terbabit hadir menjayakan program tadarus al Quran ini. Program ini telah dirasmikan oleh Che Mansor Salleh, Pegawai Penyelaras DUN Teluk Pasu.
Jelajah seterusnya berada di Kg Melayu Jerantut, Pahang bagi menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang uzur (mengidap penyakit diabetis dan saraf). Sumbangan kedua kepada anak salah seorang ahli Gerakan Belia 4B Jerantut yang menghidap autisme serta melawat adik Sara yang bakal menjalani pembedahan di Banghalore, India pada 7 Jun ini akibat jantung berlubang dan injap sempit yang dihidapi sejak berusia 4 bulan.
Kumpulan ini turut disertai oleh Sdr. Mohd Jamil Mat Daut, Pengerusi MBD Jerantut, Sdri. Roseffazleen Abdul Rahman, Pengerusi Gerakwanis Gerakan Belia 4B Kawasan Jerantut serta Exco MBD Jerantut.