KUALA LUMPUR 11 Januari 2025 – Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid mengekalkan jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi penggal kedua untuk tempoh 2024-2026.
Keputusan ini dibuat oleh perwakilan pada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-73 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre yang berakhir hari ini.
Mohd Izzat mengatasi pencabarnya Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia.
Mesyuarat perwakilan itu dirasmikan pada Jumaat oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Seramai 396 orang perwakilan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kerja, Dewan Tertinggi dan Badan-badan Gabungan MBM dari seluruh negara mengambil bahagian dalam MPAT kali ini.
MPAT merupakan perhimpunan keluarga besar MBM dan hirarki tertinggi bagi membincangkan dasar, hala tuju dan pembangunan generasi belia negara ini.
MPAT73 ini juga menyaksikan pemilihan kepimpinan baharu MBM untuk sesi 2024-2026 sebagai memenuhi tuntutan Perlembagaan MBM dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
Apa yang lebih menarik, MPAT pada kali ini bakal menyaksikan sesi terakhir bagi pemegang jawatan MBM berumur bawah 40 tahun, selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026.
Penamaan calon untuk mengisi kekosongan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2024-2026 telah diadakan pada 10 Januari 2025 (Jumaat) dan proses pengundian berlangsung pada 11 Januari 2025 (Sabtu).
Senarai calon-calon yang bertanding bagi jawatan kepimpinan MBM adalah seperti berikut :
Calon Pengerusi Tetap (Menang Tanpa Bertanding)
- Sdr. Muhammad Naim Al Amin Saharudin (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia)
Calon Timbalan Pengerusi Tetap (Menang Tanpa Bertanding)
- Sdr. Soon Honn Keong (Pergerakan Pemuda Malaysia)
Calon Presiden (seorang pemenang sahaja)
- Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (Gerakan Belia 4B Malaysia)
- Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid (Majlis Belia Negeri Pahang)
Calon Timbalan Presiden (seorang pemenang sahaja)
1. Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung)
2. Sdr. Mohd Fairos Rusli (Majlis Belia Negeri Sembilan) 2
Calon Naib Presiden (Menang Tanpa Bertanding)
1. Sdr. Sdr. Hasnul Haniff Harun (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
2. Sdr. Lim Soon Pin (Gerakan Belia Bersatu Malaysia)
3. Sdr. Dhanesh A/L Basil (Majlis Belia India Malaysia)
Calon Setiausaha Agung (Menang Tanpa Bertanding)
- Sdr. Ahmad Farhan Rosli (Angkatan Belia Islam Malaysia)
Calon Bendahari Kehormat (seorang pemenang sahaja)
- Sdr. Mohd Rizal Hamzah (Majlis Belia Wilayah Persekutuan)
- Sdr. Ahmad Izham Mohd (Majlis Belia Negeri Terengganu)
Calon Ahli Jawatankuasa Kerja (12 pemenang sahaja)
1. Sdri. Siti Sobrinah Tassim (Majlis Belia Sabah)
2. Sdri. Shaherwiena Nadhirah Shahrul Nizam (Persekutuan Pengakap Malaysia)
3. Sdr. Muhammad Amirul Abdul Safar (Majlis Belia Negeri Pulau Pinang)
4. Sdr. Osman Johari (Majlis Belia Sabah)
5. Sdr. Abdul Adzim Adzmi Abdul Rahim (Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak)
6. Sdr. Amar Abd Jalil (Majlis Belia Negeri Perlis)
7. Dr. Loshseni A/P Gunasegaran (Persatuan Pandu Puteri Malaysia)
8. Sdr. Wan Ahmad Fakhri Wan Abdul Halim (Majlis Belia Negeri Pahang)
9. Sdr. Mohd Shahir Mohd Yusof (Majlis Belia Negeri Selangor)
10. Sdr. Muhammad Hafiz Saroni (Majlis Belia Negeri Selangor)
11. Sdr. Mohd Ezwanuddin Mohamad Bakri
12. Sdr. Khairul Azhar Kamaruzaman (Majlis Gabungan Belia Kelantan)
13. Sdr. Aminuddin Ghazali (Majlis Belia Negeri Kedah)
14. Sdr. Mohd Faiz Mohd Zin (Persatuan Asrama Belia Malaysia)
15. Sdr. Muhammad Mustaqim Hassan (Majlis Belia Felda Malaysia)
16. Sdr. Nor Shawaluddin Abdul Malik (Majlis Belia Negeri Johor)
17. Sdr. Ralp Gan Jia Kiang (Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia)
18. Sdr. Mohamad Nazimutheen Mohamed (Pergerakan Belia India Muslim Malaysia)
19. Sdr. Mohamad Norshah Ezwan Yusof (Majlis Gabungan Belia Melaka)
20. Sdr. Mohd Firdaus Baharuddin (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung)
21. Sdr. Eow Shiang Yen (Persatuan Belia Buddhist Malaysia)
22. Sdr. Sivanesan Tamil Selvam (Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia)
Keputusan penuh selepas pengiraan undi diperolehi jam 3.30 petang pada 11 Januari 2026 yang diumumkan oleh Mohd Amir Mursyidi Samsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya MPAT kali ke-73 MBM adalah seperti berikut;
SENARAI PENUH KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA KERJA MBM
SESI 2024-2026
PENGERUSI TETAP
Sdr. Muhammad Naim Al Amin Saharudin
(Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Sdr. Soon Honn Keong
(Pergerakan Pemuda Malaysia)
PRESIDEN
Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid
(Majlis Belia Negeri Pahang)
TIMBALAN PRESIDEN
Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez
(Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung)
NAIB-NAIB PRESIDEN
1. Sdr. Hasnul Haniff Harun
(Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
2. Sdr. Lim Soon Pin
(Gerakan Belia Bersatu Malaysia)
3. Sdr. Dhanesh A/L Basil
(Majlis Belia India Malaysia)
SETIAUSAHA AGUNG
Sdr. Ahmad Farhan Rosli
(Angkatan Belia Islam Malaysia)
BENDAHARI KEHORMAT
Sdr. Ahmad Izham Mohd
(Majlis Belia Negeri Terengganu)
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Sdr. Abdul Adzim Adzmi Abdul Rahman (Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak)
2. Sdr. Mohd Faiz Mohd Zin (Persatuan Asrama Belia Malaysia)
3. Sdr. Ralph Gan Jia Kang (Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia)
4. Dr. Loshseni A/P Gunasegaran (Persatuan Pandu Puteri Malaysia)
5. Sdr. Eow Shiang Yen (Persatuan Belia Buddhist Malaysia)
6. Sdr. Muhammad Amirul Abdul Safar (Majlis Belia Negeri Pulau Pinang)
7. Sdr. Nor Mohamad Shawaluddin Abdul Malik (Majlis Belia Negeri Johor)
8. Sdr. Amar Abd Jalil (Majlis Belia Negeri Perlis)
9. Sdr. Tc. Sivanesan Tamil Selvam (Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia)
10. Sdr. Osman Johari (Majlis Belia Sabah)
11. Sdr. Muhammad Mustaqim Hassan (Majlis Belia Felda Malaysia)
12. Sdr. Mohd Shahir Mohd Yusof (Majlis Belia Negeri Selangor)
MBM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua calon-calon yang bertanding dengan semangat harmoni, para perwakilan yang telah menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin serta Jawatankuasa Pilihan Raya MPAT, petugas-petugas yang memastikan proses pengundian dan pengiraan undi berjalan dengan lancar.
Semoga semua calon yang terpilih melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin dan meneruskan langkah kecemerlangan MBM ke arah yang lebih tinggi.
Sekian, terima kasih.
AHMAD FARHAN ROSLI
Setiausaha Agung
Majlis Belia Malaysia
Bertarikh : 11 Januari 2025