MAJLIS BELIA MALAYSIA

Izzat Afifi Dipilih Sebagai Presiden MBM Ke-23

Subang Jaya 6 Mac – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-23 dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja sesi 2022-2024 sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-71 yang berlangsung di Dorsett Grand Subang, Selangor di sini.

Izzat mengambilalih teraju kepimpinan MBM dari penyandang sebelumnya, Sdr. Jufitri Joha yang memimpin MBM dari sesi 2018-2020 dan 2020-2022.

Seramai 385 orang perwakilan layak mengambil bahagian dalam MPAT kali ini. Penamaan calon diadakan pada 5 Mac 2022 dan proses pengundian pada 6 Mac 2022. Keputusan penuh selepas pengiraan undi diperolehi jam 5.00 petang pada 6 Mac 2022 yang diumumkan oleh Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya MPAT71.

Pemilihan kali ini menyaksikan persaingan bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan seperti Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa.

SENARAI PENUH KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA KERJA MBM SESI 2022-2024

Pengerusi Tetap Sdr. Muhammad Fadzli Hassan (Majlis Belia Felda Malaysia)

Timbalan Pengerusi Tetap Sdr. Gan Chee Wei (Persatuan Belia Buddhist Malaysia)

Presiden Sdr. Mohd Izzat Afifi Bin Hj Abd Hamid (Majlis Belia Negeri Pahang)

Timbalan Presiden Sdr. Mohd Fairos Bin Rusli (Majlis Belia Negeri Sembilan)

Naib-Naib Presiden Sdr. Syed Osman Bin Mohamed (Pergerakan Belia India Muslim Malaysia)

Mohamed Khairul Azman Bin Abdul Azeez (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung)

Sdr. Gobi A/L Kumaran (Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia)

Setiausaha Agung Sdr. Hasnul Haniff Harun (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)

Bendahari Kehormat Sdr. Mohd Izham Bin Ahmad (Majlis Belia Negeri Terengganu)

Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja

Sdr. Mohamad Syahir Bin Mohd Yusof (Majlis Belia Selangor)

Syed Mohammed Naquib Bin Syed Abdul Rahman (Majlis Belia Wilayah Persekutuan)

Sdr. Nor Mohamad Shawaluldin Bin Abdul Malik (Majlis Belia Negeri Johor)

Sdr. Amir Syarifuddin Bin Abdul Majid (Majlis Belia Negeri Kedah)

Sdri. Siti Sobrinah Binti Tassim (Majlis Belia Sabah)

Sdri. Ng Chor Eng (Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia)

Sdr. Ibnu Rasyeed Bin Mat Isa (Majlis Belia Negeri Perak)

Sdr. Siti Nor Hasyyati Binti Abdul Rahman (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia)

Sdr. Eow Shiang Yen (Persatuan Belia Buddhist Malaysia)

Sdr. Mohd Ismail Bin Mahyuddin (Persatuan Asrama Belia Malaysia)

Sdr. Mohd Fauzi Bin Fadzil (Angkatan Belia Islam Malaysia)

Sdr. Ahmad Farhan Bin Rosli (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »