JOHOR BAHRU 15 Ogos – Dua pemimpin Majlis Belia Malaysia (MBM) dipilih sebagai pemenang Anugerah Perdana Belia Negara sempena Sambutan Hari Belia Negara 2020 yang berlangsung dengan meriah di Persada Johor di sini.
Mohd Izzat Afifi Abd Hamid, Naib Presiden MBM memenangi anugerah tersebut bagi kategori Individu Lelaki manakala Sdri. Nurliana Mohamad, Exco MBM bagi kategori Wanita. Anugerah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri.
Anugerah lain ialah kategori Anugerah Emas Remaja Perdana (Sdr. Mohammad Fauzi Anco), kategori Pertubuhan Belia (Persatuan Belia Seri Cempaka) serta Anugerah Khas bagi menghargai sumbangan individu dalam tempoh Covid-19 lalu.
Tahniah kepada semua pemenang!