16 Februari 2013 – Gerakan kerja kesukarelaan adalah suatu nilai dan amalan yang murni. Malahan, dalam hal-hal dan keadaan-keadaan tertentu, kesukarelaan di anggap suci. Maka kerana itulah, setiap yang terlibat dalam kerja-kerja dan program-program kesukarelaan sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan, sama ada secara sistematik ataupun tidak, dan sama ada sumbangannya itu adalah besar ataupun kecil, ia dianggap sebagai kerja dan program yang terpuji.
Aktiviti memberi makanan dan minuman pada gelandangan juga merupakan suatu kerja murni yang mudah dan murah kosnya bagi merangsang minat generasi muda untuk menganjurkan dalam bentuk kumpulan kecil tetapi konsisten. Untuk itu, Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah MBM yelah mengadakan Program MIDNITE RUN: FOOD FOR HOMELESS di sekitar KOMTAR P.Pinang, Masjid Kapitan keling dan Penang Road. Program ini adalah dengan kerjasama dan sokongan dari Cawangan Rakan Muda KBS, Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) Kebangsaan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Nibong Tebal, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kebangsaan.
Seramai 40 orang belia sekitar umur 16-21 tahun telah tampil untuk aktiviti agihan makanan ini. Turut hadir dalam aktiviti ini ialah:
1. Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
2. Saudara Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM
3. Saudara Manndzri Hj Nasib, Naib Presiden MBM
4. Saudara Mahendran Nadason, Bendahari Kehormat MBM
5. Saudara Hasnul Haniff Harun, Exco MBM
4. Saudara Mohd Faisal Abu Bakar, Exco MBM
5. Saudara Abu Qassim, Exco MBM
6. Saudara Mohd Aizat Roslan, Exco MBM
7. Saudara Tharman Anandan, Naib Presiden Majlis Belia Negeri P.Pinang
8. Saudara Hazrul hafizi Halim, Ikon Belia Bumiputera P.Pinang 2012
Terima kasih di ucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. Kepada yang memberi sumbangan, semoga Tuhan merahmati anda sekeluarga dan dimurahkan rezeki selamanya.
Nota: Gambar-gambar lagi, klik: www.facebook.com/youthcharacter