KUALA LUMPUR 4 Jun – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi telah dijemput merasmikan Majlis Penutup Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Selangor bertempat di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan.
Program anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Sukan & Rekreasi OKU Negeri Selangor melibatkan penyertaan seramai 30 orang dari negeri Selangor.
Program ini ialah platform bagi mengenalpasti bakat baharu golongan OKU untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet paralimpik negara.
Selain itu, ia juga dapat meningkat pengetahuan sukan dalam golongan OKU. Beliau yang juga Presiden Majlis Belia OKU Malaysia dalam ucapannya menegaskan pembangunan belia dan sukan OKU adalah agenda yang terus diangkat di bawah Kementerian Belia & Sukan, bahkan medium Sukan merupakan antara medan terbaik mengetengahkan potensi serta pengiktirafan Belia OKU terhadap pembangunan negara.