MAJLIS BELIA MALAYSIA

Inspirasi Negarawan, titip pesan buat anak muda : kunjung hormat MBM kepada Tun M

PUTRAJAYA 14 Ogos – Alhamdulillah, buat julung kalinya Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid (Presiden) berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Terdahulu MBM mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran Tun yang ke-100 yang disambut baru-baru ini.

Dalam pertemuan hampir sejam ini, banyak perkara yang dikongsikan oleh Tun seputar isu semasa negara, cabaran politik termasuk masa depan negara.

Tun juga menitipkan pesanan buat MBM supaya mengajak belia memajukan negara selain memastikan keharmonian dan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat khususnya belia terpelihara dan dipertingkatkan.

MBM amat menghargai kesudian Tun berkongsi aspirasi dan pandangan dalam pertemuan ini. MBM turut mengundang Tun untuk bersama anak muda dalam satu sesi Bicara Negarawan yang dicadangkan kelak.

Turut sama dalam sesi pertemuan ini Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Naim Al-Amin; Timbalan Pengerusi Tetap, Sdr. Soon Honn Keong; Naib Presiden MBM, Sdr. Dhanesh Basil; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Farhan Rosli dan Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad.

“Kita mungkin berlainan ideologi, pemikiran mahupun politik namun nilai hormat pemimpin apatah lagi negarawan yang membawa negara ke arah kemajuan seperti hari ini perlu kita sanjungi dan hargai.”

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »