10 Jun 2017 / 15 Ramadhan 1438H | Johor Bharu
Program Ihya’ Ramadhan Belia Malaysia diteruskan di Johor Bharu dengan sumbangan bantuan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan bapa tunggal.
Program turut dimeriahkan dengan majlis Tadarus al-Quran dan berbuka puasa yang diadakan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Johor Bharu.
Bersama-sama sepanjang program ini adalah Naib Presiden MBM, Sdri. Asfalinda Anuar, Sdri Muhaizzaherawati, Naib Pengerusi Wanita MAYC Kebangsaan dan Ketua Kampung Sg. Danga, Sdr. Surip Abdullah.