MAJLIS BELIA MALAYSIA

Hina jata negara tidak boleh dimaafkan – MBM

KUALA LUMPUR: Sebarang bentuk penghinaan terhadap Perlembagaan merupakan satu sifat khianat dan tidak boleh dimaafkan, menurut Majlis Belia Malaysia (MBM).

Pengerusi Biro Perundangan Advokasi dan Hak Asasi MBM Mohd Fared Mohd Khalid berkata perbuatan itu tidak dapat diterima sama sekali.

Katanya pelakunya perlu segera didakwa mengikut Seksyen 5, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda sehingga RM20,000.

“Pemenjaraan adalah ubat terbaik kerana mereka menghina lambang Malaysia, Jata Negara. Janganlah Kementerian Dalam Negeri tersentuh dengan permohonan maaf yang telah diajukan.”Itulah wataknya, menghina dulu, mohon maaf kemudian. Skrip sama yang mudah dibaca, murah sungguh harga Jata Negara kalau sebegitu mudah maaf kita berikan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

BACA: Hina Jata Negara: PDRM serbu syarikat penerbitanBACA: Tindakan tegas ke atas penghina Jata Negara – Saifuddin Abdullah 

Sebelum ini tular dalam media sosial, sebuah buku menggunakan visual mirip Jata Negara, memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.

Penerbit buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ itu, Chong Ton Sin, dilapor berkata bahawa pihaknya tidak berniat untuk menghina Jata Negara serta ia berlaku secara tidak sengaja.

Sementara itu, Mohd Fared berkata MBM juga difahamkan terdapat artikel yang dimuatkan dalam buku tersebut tidak mendapatkan keizinan penulis artikel terbabit, sekali gus memalitkan nama buruk penulis berkenaan.

“Ini jelas melanggar etika penulisan dan penerbitan. MBM mendesak siasatan dan tindakan undang-undang segera diambil,” katanya.

Kenyataan penuh : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hina-jata-negara-tidak-boleh-dimaafkan-mbm-249304

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »