BANGI 22 Februari – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Himpunan Keluarga Besar Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bertempat di Bangi Convention Centre.

Himpunan ini bagi memperingati perjalanan dan lakaran sejarah penubuhannya melalui perkumpulan para senior dan alumni yang telah banyak memberi sumbangan dan jasa kepada gerakan ini.

Majlis disempurnakan oleh mantan Presiden PKPIM, YB. Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKPIM Sdr. Farhan Rosli telah melancarkan tabung untuk membiayai kos pejabat tetap PKPIM. Malahan sambutan ini juga merupakan titik tolak PKPIM untuk memulakan langkah merejuvenasikan hala tuju dan gerak kerja yang sedia ada dan bakal dirangka.

Leave a Reply

Translate »