MAJLIS BELIA MALAYSIA

HBN 2024 Labuan berlangsung sederhana tetapi meriah

LABUAN 18 Mei – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan di sini.

Majlis perasmian dan penyampaian anugerah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Encik Simsudin Sidek.
 
Pada majlis itu, turut disampaikan Anugerah Belia Negara kategori individu lelaki dan wanita.
 
Sebanyak 16 aktiviti dan acara berlangsung sempena HBN di Labuan yang berlangsung sederhana tapi meriah. Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Labuan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.

Hadir sama Puan Mahanum Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan; Sdri. Nazera Roslan, Presiden dan kepimpinan Majlis Belia Labuan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »