MAJLIS BELIA MALAYSIA

Hari ini 50 tahun yang lalu, Majlis Perundingan Belia Negara telah ditubuhkan

Acara pengisytiharan penubuhannya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Majlis ini adalah sebuah percambahan daripada perjalanan perjuangan yang bermula sejak tahun 1948.

Pada 23 Julai 1948, Jawatankuasa Khas Sementara Belia telah ditubuhkan. Dua ahlinya, Abdul Razak Hussein dan Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mewakili Tanah Melayu ke Perhimpunan Belia Dunia (WAY) di Brussels.

Selepas diiktiraf WAY, jawatankuasa khas tersebut mengorak langkah untuk menubuhkan Majlis Belia Malaysia (MBM) pada 9 September 1950, dan majlis tersebut mendapat pengiktirafan kerajaan pada tahun berikutnya.

MBM memainkan peranan aktif mewakili suara belia negara dalam perjalanan kemerdekaan negara, seterusnya lantang dan proaktif dalam isu-isu pembangunan negara dalam dekad 60-an.

Atas desakan untuk kerajaan mengiktiraf peranan belia di negara ini, maka tertubuhlah Majlis Perundingan Belia Negara pada 15 Mei 1971 yang berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dengan pergerakan belia negara.

Memetik kata Tun Abdul Razak semasa perasmiannya, majlis ini boleh dianggap sebagai Parlimen untuk pemimpin belia dan kerajaan menyuarakan pendapat dan teguran serta menghuraikan isu belia di samping merangka perancangan masa hadapan golongan itu.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Majlis Belia Malaysia

Mungkin imej 1 orang dan teks yang berkata 'astro AWANI AL VW M M PERISTIWA 15 MEI 1971'

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »